A - S - M

DALAM PENGURUSAN    -          ASET, SISTEM DAN MANUSIA.

Dalam Mana-Mana Pengurusan Ianya akan melibatkan
1-Aset.
2-Sistem.
3-Manusia.


1-ASET.

Aset yang dimaksudkan disini ialah barang , peralatan , kemudahan dan kekuatan atau apa yang kita ada dalam pengurusan untuk memulakan sesuatu tugasan atau perbuatan.

Kenapa Aset dijadikan perkara yang pertama terpenting dalam pengurusan. Dengan adanya aset ini , membolehkan pergerakan atau perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar.

Sebagai contoh , kita di tugaskan untuk pergi membeli kertas dikedai alat tulis.
Aset ini bermula pada diri kita sendiri iaitu pakaian , kemudahan berjalan , kemudahan pengangkutan, wang dan perkara berkaitan proses jual beli.

Aset ini selalunya melibatkan kos awal yang wajib ada dalam pengurusan.

2-SISTEM

Sistem pula bermaksud teknik, kaedah, cara untuk melaksanakan sesuatu pengurusan.

Sistem ini melibatkan kebolehan , kemahiran , kecekapan dan sebagainya untuk menjayakan sesuatu tugas atau perkerjaan.

Sebagai contoh , kita di tugaskan untuk pergi membeli kertas dikedai alat tulis.
Sistem ini digunakan semasa kita menggunakan pengangkutan dan  sebagainya agar matlamat/ tujuan untuk membeli kertas terlaksana. Jika kita berjalan kaki , sistem yang dimaksudkan ialah kemahiran berjalan kaki, keselamatan melintas dan sebagainya.


3-MANUSIA

Manusia bermaksud individu yang terlibat dan sesuatu proses perkerjaan atau pengurusan.

Sebagai contoh , kita di tugaskan untuk pergi membeli kertas dikedai alat tulis.

Manusia yang terlibat dalam ini ialah kita (sebagai pembeli), jurujual dan individu yang terlibat secara langsung semasa proses jual beli berlaku.