LIMA JARI KITA
1.
Ada IBU JARI yang selalu berkara baik dan
menyanjung.
2.
Ada JARI TELUNJUK yang suka menunjuk dan
memerintah.
3.
Ada JARI TENGAH yang sombong hanya merasa paling
panjang.
4.
Ada JARI MANIS yang selalu jadi teladan , baik
dan sabar sehingga diberi hadiah cincin.
5.
Ada JARI KELINGKING yang lemah dan penurut.
Dengan perbezaan (kekurangan dan kelebihan) yang dimiliki
jari masing-masing , mereka bersatu, saling melengkapi dan menjadi kuat.
Falsafah sederhana ini memberi contoh tentang bagaimana
kuat dan indahnya kebersamaan dalam hidup..
Kita dilahirkan dengan segala perbezaan yang kita miliki
dengan tujuan untuk bersatu :
·
Saling menyayangi,
·
Saling menolong,
·
Saling berkongsi,
·
Saling menghargai,
·
Saling melengkapi,
Bukan untuk :
·
Saling Menuduh,
·
Saling menyalahkan,
·
Saling merosak,
·
Saling iri hati,
·
Saling memporakperandakan,
Semua perbezaan dari kita adalah keindahan , agar kita RENDAH
HATI dan menghargai orang lain, tidak ada satupun pekerjaan yang dapat
kita selesaikan sendirian.
Kita terlihat punya kelebihan, hanya kerana oang lain
punya kekurangan.. begitu juga sebaliknya.
Tiada yang benar-benar bodoh atau lebih pintar, kerana
bodoh atau pintar itu lumrah kehidupan.
Orang pintar boleh gagal,
Orang hebat boleh jatuh,
Orang kuat boleh kalah,
Tetapi…
Orang yang RENDAH HATI dalam segala hal akan
selalu mendapat KEMULIAAN.