BENTUK dan PENGERTIAN 

LOGO
BRIGED BAKTI MALAYSIA




(1)      Reka Bentuk Logo:
a.    Bentuk asas berupa pentagon ( lima bucu ) berwarna hitam
b.    Warna latar logo hijau tua
c.    Lingkaran bunga tanjung (10 kuntum) di bahagian dalam pentagon berwarna kuning emas
d.    Daun bunga tanjung 2 helai di puncak dan 4 helai di bahagian bawah berwarna kuning emas
e.    Bulan Sabit berada di bahagian dalam lingkaran bunga tanjung berwarna merah.
f.      Bintang 14 bucu di bahagian atas di antara pucuk daun bunga tanjung dan tanduk bulan sabit berwarna merah.
g.    Dua tangan berjabat erat di tengah-tengah bulan sabit berwarna kuning emas.
h.    Riben berwarna kuning emas di bahagian bawah / tapak logo bertulisan Briged Bakti huru besar berwarna hitam
i.      Memasukkan tahun   ‘1991’ berwarna hitam pada ruang tengah di antara tangan sedang berjabat tangan dengan bulan sabit merah.

(2)    Pengertian Lambang:
a.    Bucu Lima (pentagon) berwarna hitam bermaksud:
Kepatuhan dan penghayatan kepada 5 prinsip teras Briged Bakti iaitu: Ketuhanan, Kesetiaan, Persaudaraan, Kebaktian, dan Keikhlasan.
b.    Lingkaran Bunga Tanjung berwarna kuning bermaksud:
Pengorbanan, Kemanfaatan, dan Ketrampilan.
c.    Daun Bunga Tanjung berwarna kuning bermaksud:
Sedia membantu dan memberi khidmat bakti.
d.    Bulan Sabit berwarna merah bermaksud:
Keprihatinan dan Pertolongan Cemas.
e.    Bintang 14 Bucu berwarna merah bermaksud:
Kesejagatan dan 14 buah negeri di Malaysia.
f.      Tangan Berjabat Erat berwarna kuning bermaksud:
Persahabatan, Perpaduan, dan Kerjasama.
g.    Riben Bertulisan Briged Bakti bermaksud:
Paksi Kesukarelaan dan Kesukarelawanan.
h.    Tahun 1991 berwarna hitam bermaksud:
Tahun rasmi penubuhan BBM.

(3)    Pengertian Warna Logo:
a.    Hijau Tua: Bermaksud Kesabaran Dan Ketenangan.
b.    Merah   :   Bermaksud Keberanian Dan Ketangkasan.
c.    Kuning  :   Bermaksud Kewibawaan, Kecemerlangan Dan Proaktif.
d.   Hitam    :   Bermaksud Sentiasa Bersiap Sedia, Berdisiplin Dan Komited.